**Didoakan Semua Pesakit Yang Telah Menerima Rawatan di KISWAH DISEMBUHKAN ALLAH TAALA. AMIN**

Tetamu pilihan!!!

Semua artikel di dalam blog ini saya izin untuk publish dan sebarkan dengan syarat disertakan rujukan anda iaitu: KISWAH; www.rawatanislam2u.com. Saya juga mengizinkan anda untuk mengamalkan segala kaedah rawatan yang ditulis di dalam blog ini. Namun lebih baik berjumpa saya untuk menerima ijazah... Sekian dimaklumkan. Selamat beramal!!!

10 August 2010

Ramadhan Kareem.... Ahlan wa Sahlan Ya Ramadhan!!!


Ucapan yang biasa diucapkan ketika menyambut Ramadhan:
Ramadhan Kareem...
Jawapan: WALLAHU Akram!
Ahlan wa sahlan ya Ramadhan!

Firman Allah:

"Bulan Ramadhan itu adalah bulan yang diturunkan di dalamnya Al Quran yang merupakan petunjuk bagi manusia..." 185 Surah al Baqarah.

Telah bersabda Nabi Muhammad saw: "Telah datang kepada kamu semua bulan Ramadhan yang penuh barakah, yang difardhukan kepada kamu puasa. Dibukakan pada bulan ini pintu2 langit dan ditutup pintu2 neraka."

Berkata Sheikh Adnan:

Ramadhan ada lima huruf:

Ra': RidwanuLLAH : Keredhaan Allah

Mim: Maghfiratullah lil asin: Keampunan Allah kepada pembuat maksiat

Dhad: DamanuLLAH lil taoin: Jaminan Allah kepada orang yang taat

Alif: UlfatuLLAH lil mutawakkilin: Kejinakan (kelembutan Allah kepada orang yang bertawakkal)

Nun: NawaaluLLAH lis sodoqin: Penerimaan Allah kepada orang yang benar

Pesta ibadah pun bermula... selamat menyambut Ramadhan!!!

p/s: Pusat rawatan tidak dibuka dalam bulan Ramadhan...Saya merawat semula selepas raya nanti. Begitu juga online store..... Kemungkinan produk dihantar lambat sebab saya akan menghabiskan Ramadhan di kampung isteri sambil menumpukan kepada ibadat , penulisan kertas kerja dan buku.......



2 comments:

  1. Mim: Maghfiratullah lil asin: Keampunan Allah kepada pembuat maksiat
    *lil asin = lil 'asi ke??

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...